Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya telah menyertai Seni Mempertahankan Diri Seni Silat Lincah pada tahun 2012.Sudah 2 tahun saya mempelajarinya.Di sini saya ingin menceritakan bagaimana perasaan saya sepanjang latihan Silat Lincah ini,ramai rakan saya bertanya kepada saya sama ada seronok atau tak.Seronok sebenarnya,kita dapat berkawan dengan ramai orang.sama ada di gelanggang kita atau di gelanggang lain.Pada penghujung tahun 2012,saya telah dinaikkan pangkat.Dari tali kuning kepada tali merah.
Bagaimana nak dapatkan tali merah?
Semasa saya dan rakan-rakan sedang berlatih,cikgu saya telah memanggil semua muridnyer untuk berkumpul.Cikgu kami(cikgu saya dan rakan) memberitahu kepada kami bahawa bulan 12 kami semua akan menghadiri majlis berlimau iaitu majlis untuk dinaikkan pangkat,dari tali kuning ke tali merah.Kami juga perlu berpuasa,tak kisah la berapa hari pun tapi kalau boleh seminggu.Kami juga tidak boleh memisahkan sesuatu benda,tak kisahlah mancabut atau memotong tidak dibenarkan tapi jika terlupa tidak mengapa.Pada mulanya kami berasa gembira tapi bila dah nak dekat dengan majlis,terasa gementar pulak.Bila nak buat sesuatu,rasa x confident.Semasa waktu pagi,kami dikehendaki turun ke gelanggang untuk gotong-royong.Kami bergotong-royong sehingga waktu petang.Selesai sahaja bergotong-royong,kami pulang ke rumah masing-masing dan berbuka puasa.Kami dikehendaki turun semula pada pukul 8 malam.Murid-murid perlu turun awal ke gelanggang untuk membuat latihan.Majlis berlimau diadakan pada pukul 9.Semasa Mahaguru Tan Sri Omardinhampir sampai ke gelanggang kami,kami cepat-cepat pergi beratur di tepi untuk menyambut kehadirannya.
Kumudian,mahaguru memberi ucapan.Selesai sahaja mahaguru berucap,majlis diteruskan dengan sedikit latihan.Kemudian,kami dipanggil seorang demi seorang untuk diturunkan ilmu.Bagi orang yang lebih tua dari kami seperti pakcik,mereka akan dikenakan parang.Mahaguru akan memukul perut dengan menggunakan parang tersebut beberapa kali.Bagi orang yang telah diuji dengan parang itu,mesti dia lebih tahu bagaimana rasa dipukul oleh parang.Kami semua terpegun melihat orang itu dipukul.Walaupun kulitnya putih,perutnya langsung tidak ada kesan belahan parang itu.Betapa kebal nyer orang itu.Bagi pemuda,mereka akan dipukul di bahagian lengan dengan tebu sehingga tebu itu patah.Nampak seperti menyakitkan tapi orang yang telah dipukul oleh tebu itu,tidak merasakan kesakitan.
Bagi kanak-kanak seperti saya pula,kami akan diasingkan.Bagi yang perempuan yang uzur dan kanak-kanak lelaki yang belum sunat akan dibuat akhir sekali.Semasa menunggu giliran,saya berasa gementa sangat,kejap terasa nak muntah,kejap terasa nak buang air.Tiba sahaja giliran saya,saya berasa gementar tapi yang paling menarik ialah saya dapat mengadap depan mahaguru.Mahaguru bertanya macam-macam dekat saya tapi,saya tidak ditumbuk di bahagian dada.Kemudian,mahaguru menurunkan ilmu kepada saya dan akan memberikan setiap muridnya makan pulut yang diletakkan sedikit garam besta dengan air yang akan diminum oleh mahaguru dahulu dan barulah kita boleh minum air itu.Bagi kanak-kanak yang uzur dan belum sunat tidak akan ditumbuk.
Selesai sahaja diturunkan ilmu,kami perlu memberitahu kepada guru kami berapa ilmu yang diturunkan.Kemudian,kami perlu meminum air limau di dalam pasu yang besar(yang sebenarnya tak ingat nama bekas tu)secara bergilir-gilir.Bagi yang mula-mula minum perlu makan limau yang diperah di dalam air limau itu.Habis jer air limau tu,kami diminta duduk sebentar dan mendengar sedikit ucapan tang ingin disampaikan oleh mahaguru.Semasa mahaguru berucap ada yang tidur disebabkan majlis itu tamat pada pukul 5 pagi.Kami juga perlu mandi dengan limau tetapi tidak boleh dibilas.kami perlu tidur dengan air limau itu.Seronok sangat rasanya.
Ini adalah gambar mahaguru kami:

Mahaguru Tan Sri Omardin
Beginilah cerita saya.....Sekian Terima Kasih...
No comments:
Post a Comment