Friday, 15 November 2013

minat K-POP???

                                               Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hari ini saya akan menceritakan pula bagaimana saya boleh meminati K-POP.Saya meminati K-POP sejak umur 12 tahun(2012).Pada tahun 2011,saya tidak tahu pula tentang "demam K-POP".Saya selalu menonton tv,suatu hari saya meonton cerita yang bertajuk "klik".Cerita itu melakonkan tentang pertandingan menari tarian K-POP.Pada waktu itu,Kumpulan yang paling dikenali adalah Super Junior(SUJU).Kemudian bila saya pergi ke sekolah,ramai yang tanya saya sama ada saya meminati atau tidak K-POP.Saya berkata pada mereka yang saya tidak meminati.Kecoh satu sekolah saya tentang K-POP.

Pada tahun 2012,saya telah pun meminati K-POP disebabkan saya telah mendengar sebuah lagu yang bertajuk "neverland" yang dinyanyikan oleh kumpulan U-KISS iaitu kumpulan yang saya minat.Sekarang,bila orang tanya saya pasal K-POP,saya sudah boleh tahu dah apa yang mereka tanya.Macam-macam saya boleh jawab apabila mereka tanya tentang K-POP tapi saya tidak lah berlebih-lebih sangat minat sampaikan muka orang melayu atau cina sama dengan artis K-POP.

                                  Itulah cerita bagaimana saya boleh meminati K-POP.

                                  sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment