Hai semua ..!! I'm back with the new story ..
kali ni .. x mcm dulu .. dulu 'saya' kan .. sekarang , guna 'aku' lah .. sbab , rasa cam x selesa sikit nk guna 'saya .. :) hehe ..
harini , aku nak cerita pasal buku novel yang ditulis oleh Aina Emir .. best tau buku novel Aina Emir .. mula mula baca .. x der la best mana .. tapi , bila dh muka surat 10 atau lebih .. dah mula menarik .. kalau muka surat tengah lagi best .. ada kisah romantik yang menarik perhatian pembaca .. buku Aina Emir yg pernah aku baca adalah BEAUTIFUL ASMARA .. dan sekarang tengah baca novel terbaru beliau adalah WAHAI KAU CINTA .. best sangat .. biasanya saya akan ambil masa yang lama untuk membaca habis satu buku novel ..dalam 2 tahun jugak lh .. tapi .. kalau buku novel Aina Emir .. aku hanya mengambil masa 2 / 1 bulan jer .. setiap masa aku akan baca buku novel .. buku WAHAI KAU CINTA ni .. dah nak habis dah aku baca .. ambil masa 1 bulan jer .. kalau boleh .. nak jer beli semua buku novel Aina Emir .. nak simpan buat koleksi .. hehe .. asal jumpa je nak beli .. habis duit nanti .. haha ..jom kenali Aina Emir .. :)
Kenali Aina Emir -
Aina Emir merupakan seorang penulis prolifik yang pernah berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 17 tahun. Beliau telah dianugerahkan ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana muda dari Universiti of Liverpool, United Kingdom.
Mula menulis secara profesional pada tahun 2003 apabila novelnya yang pertama berjudul Sesuci Cinta diterbitkan. Kini, dengan menggunakan pelbagai nama samaran, penulis sudah pun menghasilkan 23 buah novel dan buku dalam pelbagai genre termasuk sebuah e-book inspirasi, beberapa buah skrip drama dan dokumentari. kini sedang menghasilkan beberapa lagi skrip drama adaptasi dari novel-novelnya.
jom,aku akan ceritakan sinopsis 2 buah buku tersebut ..
Beautiful Asmara -
Husna,Khaleeda dan Widad menggelarnya 'fashionista' dek kerana tabiat yang suka melaram. walaupun suka bergaya, Fira tetap biasa-biasa sahaja dan sangat selesa mengaku yang dia bukan minah urban.
sejak dulu lagi Fira sudah rapat dengan Jazli, juga sekampung dengannya. sekalipun lelaki itu berada jauh di perantauan, gadis itu tetap setia menunggu lelaki itu berada jauh di perantauan, gadis itu tetap setia menunggu. Namun terlalu banyak kisah misteri yang menjadi latar perhubungan mereka, ada kala membuat fira berasa ngeri untuk melangkah ke depan. Jazli pulang dan ssepatutnya mereka berbahagia, tetapi kisah cinta mereka tidak semudah menyusun huruf alif baa taa.
Kemunculan lelaki selebriti yang bermulut 'longkang; bersama seorang teman 'nerd' di kampumgnya, menimbulkan pelbagai episod drama dalam hidup Fira. mungkin betul agaknya Reez Putra yang dikatakan tidak berperasaan itu mempunyai masalah dalam akibat pengalaman yang pernah dilaluinya. kini, Reez ghairah untuk memaparkan sebuah program realiti di kaca TV. apa pula kaitannya dengan kisah cinta Fira-Jazli? tentu sekali membingungkan bila Reez hilang dengan tiba-tiba sahaja. ke mana pula perginya? siapa pula gerangan Muz yang turut muncul ketika Fira dalam kekalutan?
Beautiful Asmara akan membawa anda berkenalan lalu menyelami hati dan jiwa watak-watak, ada yang ceria, ada pula yang pelik karakternya. isu rating, hits dan gosip menjadi persoalan sensasi. yang pasti, anda akan berteka-teki untuk melengkapkan mainan 'puzzle' yang terbentang dalam novel ini.
inilah sinopsis bagi cerita BEAUTIFUL ASMARA .. walaupun hanya biasa-biasa .. tapi bila baca ceritanya .. memang best .. sweet dan romantik ..
Beautiful Asmara akan membawa anda berkenalan lalu menyelami hati dan jiwa watak-watak, ada yang ceria, ada pula yang pelik karakternya. isu rating, hits dan gosip menjadi persoalan sensasi. yang pasti, anda akan berteka-teki untuk melengkapkan mainan 'puzzle' yang terbentang dalam novel ini.
inilah sinopsis bagi cerita BEAUTIFUL ASMARA .. walaupun hanya biasa-biasa .. tapi bila baca ceritanya .. memang best .. sweet dan romantik ..
Wahai Kau Cinta ... -
'Wahai kau cinta ... bersalah benarkah aku kerana menolak cinta dia ? Berdosa benarkah aku kerana menepis cintanya? kenapa, cinta ... kau datang dalam bentuk dia, sedangkan aku tidak bersedia untuk terima dia?
Aku memilih orang lain yang bukan dia. salahkah aku, cinta? Lisa .. masih terlalu muda untuk berdepan dengan segala perasaan hampa. Paranoid sering bertandang di sanubari, bimbang kalau-kalau dirinya tidak layak untuk bercinta lagi. Perumpamaan inggeris, 'What goes on you around comes around,' kerap menghantui jiwanya kerana Lisa sedar setiap yang berlaku itu pasti bersebab. walaupun dia dikatakan cantik, namun Lisa tidak pernah lekang dengan rasa kecewa.
Cinta pertama datang dan musnah begitu sahaja. apakah mungkin cinta mahu menghampirinya lagi?
buat seketika, dia agak selesa dengan Kaysan, salah seorang anak majikannya. namun dia juga tahu walaupun Kaysan menyayanginya, ibu lelaki itu tidak menyukainya. Eshan pula, abang kepada Keysan menunjukkan sikap 'monyet' nya dan merimaskan Lisa. mujurlah ada Erina dan Maisarah, kawan-kawan rapat yang tak pernah menghampakan.
Pun begitu, Lisa tertekan dengan permintaan Tayta dan Jiddo yang mahu Lisa berkahwin dengan lelaki yang ada kaitan dengan keturunan datuk dan neneknya itu. muncul lah Syed Khalil dan muel dalam senarai pilihan mereka. Lisa jadi kalut kerana sebenarnya dia belum bersedia untuk membelitkan dirinya dengan lelaki lagi. malangnya, Lisa tidak bebas untuk kata 'tidak'. banyak hal yang sedang merunsingkannya apatah lagi bila dia terpaksa pilih untuk berhenti kerja.
yang merumitkan lagi apabila Lisa terpaksa berdepan dengan kerenah ahli keluarga yang datang dengan pelbagai cerita yang menakutkan. betulkah kata-kata mereka ini? mampukah Lisa untuk bertahan dan merasai bahagia seperti yang diimpikan ?
inilah sinopsis bagi 2 buah buku yang pernah aku baca .. yang paling menarik sekali .. WAHAI KAU CINTA .. lelaki yang Lisa kahwini tu .. tersangatlh .. romantik , sweet , loving and caring .. bagi yang minat baa novel tu .. bacalah buku novel Aina Emir .. memang best .. sapa yang beli buku Aina Emir .. memang tak akan menyesal beli ..
setakat ini aje cerita aku ..


