Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,
Hari ini saya ingin berkongsi tentang sebuah buku yang saya baca di sekolah.saya juga meminta dari ustazah saya untuk pinjam buku tersebut.buku ini bertajuk 'Jangan Hampiri Zina'.buku ini memberitahu kita tentang batas-batas orang islam antara lelaki dan perempuan.
Kandungan yang ada di dalam buku ini ialah :
1.isi cerita
2.tips mengelak diri daripada terjebak dengan cinta
3.faedah cinta
1.Isi Cerita
-Kami tidak berzina!....
=Maaf,saya tidak menuduh kamu berzina tetapi kamu menghampiri zina.
-Kami hanya berbual,berbincang,bertanya khabar,minum-minum ... adakah itu menghampiri zina???
=Ya, perbuatan itu boleh menjerumus kamu ke lembah perzinaan.
-Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu.
=Hari ini, ya. tetapi esok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. jangan bermain dengan bahaya. iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. sudahbanyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. iblis amat berpengalaman. tipu daya iblis amat halus. dia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. jangan kita lupa sejarah!. siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa? iblis amat licik. pengalamannya banyak.dia ada lebih 1001 cara. ingatlah pesanan Rasulullah: janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Riwayat Tabrani). apabila berduaan antara lelaki dan perempuan, syaitan akan menghembus perasaan berahi. perasaan ketika itu sukar dikawal. pintu perzinaan pun terbuka. desakan nafsu semakin kuat. iblis riang gembira melihat mangsa godaannya yang hampir terpedaya.
-Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. tak pernah bersua muka pun!
=Betul. itu adalah salah satu bentuk yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. memang pada awalnya mereka tidak bersua muka, tapi perasaan mereka pasti bergelora. lambatlaunnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret mereka kepada suatu pertemuan. ingat, pertemuan pertama yang indah itu tidak akan terhenti di situ sahaja. percayalah, ia pasti berlanjutan dan berterusan. tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
-"Takkan nak berbual sekejap pun tak boleh? itu pun zina juga ker?.."
=Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. ada zina betul. ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan. ada zina mata iaitu melihat kekasihnya dengan perasaan berahi. begitu juga melihat auratnya adalah dikira zina mata. ada satu lagi zina iaitu zina hati, ia berkhayal dengan berahi bersama kekasihnya. alangkah jelasnya sabda Rasulullah: Kedua dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ketempat pertemuaan). mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (HR Muslim dan Abu Daud). sebenarnya jalan, lorong dan pintu menuju kepada perzinaan amat banyak. tutuplah dengan rapat mana-mana pintu atau jalan yang boleh membawa kepada perzinaan.
-Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? bincang pelajaran sahaja!
=berdiskusi pelajaran, betul ke? takkan berdiskusi berdua sahaja. tak ada kawan lain lagi ke! jangan tipu!. Allah tahu apa yang terselit di dalam setiap hati hamba-hambanya. kita belajar nak keberkatan. kalau tidak berjaya cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan diberkati. hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lebih lagi lah. janganlah berseindung disebalik pelajaran yang mulia semata-mata untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Allah suka kepada orang yang berilmu. jagalah batasan dan ketentuan Allah supaya belajar akan menjadi suatu ibadat.kalau berdiskusi macam ni,adakah akan ditulis sebagai ibadat oleh malaikat? fikirkanlah ...
-Sungguh! bincang pelajaran sahaja. tak buat apa-apa pun. ni study group!
=Study group? takkan study group berdua sahaja? nampak lain macam sahaja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. kalau duduk berdua-duaan macam ni ... betul ke bincang pelajara?. tak nampak macam ada perbincangan pun,tak ada apa-apa catatan perbincngan, buku pun tak diusik lagi. jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu ... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
-"Taklah, sungguh kami berbincang pelajaran!..."
=Baik sungguh awak berdua. takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? kalau awak berdua tiada apa-apa perasaan,tentu awak berdua kurang sihat?. ingat, kita bukan malaikat,tak ada nafsu. kita ada nafsu, ada keinginan. itulah manusia.
-Kami sama-sama belajar dan saling memberi semangat dan motivasi antara kami.
=Tidak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? tidak adakah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? jangan merendahkan kaum sejenis kita. ingat,banyak orang yang cemerlang belajar hanya dengan kaum sejenis. perasaan mereka lebih tenang dan tidak terganggu. malah dapat pula berkat dan rahmat Allah.
-Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? adakah islam membunuh terus naluri cinta daripada manusia?
=Tidak!!! naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. naluri ingin memili dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah suci yang ada pada manusia.kalau naluri itu tidak wujud pada seseorang, tak normal namanya. islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak!! islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami yang tidak mahu berkahwin. jangan hapuskan naluri itu. janganlah pula kita berbohong pada diri sendiri. bukanlah salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. itu adalah fitrah. cuma kawal naluri itu supaya ia patuh pada perintah Allah. jadilah manusia yang sempurna nalurinya.jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu manusia.
-Tentu ada cinta secara islam?...
=Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin.
itulah cinta qudus. cinta yang bermaruah. bukan cinta murahan dan jalanan. cinta adalah maruah manusia.ia terlalu mulia. ingatlah,apabila Allah melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. kalau dia melarang cinta antara lelaki dan peremempuan yang sebelum kahwin, Allah berikan "sesuatu" sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. sabda rasulullah: tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencuntaimu kecuali nikah (Riwayat Ibni Majah).
-Kalau begitu, cinta remaja semuanya menghampiri kepada perzinaan?
=Ya. kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan mereka turut terusik. kemudiaan perasaan mereka terut terusik. kemudian teringat dan rindu. kemudian pertemuan diatur. selepas itu, duduk berdua -duaan. kemudian mencari tempat sunyi sedikit untuk privacy. kemudian berbual panjang dan mengasyikkan. usik mengusik mula bermula, jika merajuk ada yang pujuk. hubungan semakin rapat,dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. kalau tadi macam kawan,sekarang macam pengantin baru semalam... bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan perzinaan? penghujung jalan cinta adalah perzinaan. penghujung jalan perzinaan adalah kesengsaraan. sedarlah, ramai yang bercinta telah sampai ke daerah perzinaan dan kesengsaraan ini. kasihanilah diri sendiri. kasihanilah kedua ibubapa yang melahirkan kita. jangan diconteng arang ke muka mereka. mereka telah melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa setitis noda sekalipun.
-Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. kami tahan diuji.
=Allah yang menciptakan manusia.dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia yang diciptakannya. manusia bersifat tidak tahan ujian. oleh itu, Allah memerintahkan manusia supaya jauhi perkara yag ditegah kerana takut manusia akan kecundang.
-Jadi manusia itu tak tahan diuji?
=Mari kita ingat sejarah kita. semua kita keturunan Adam dan Hawa. sejak dari awal penciptaan manusi, Allah telah mengingatkan kepada manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian. lalu Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh dimakan. Allah yang Maha Mengetahui tentang makhluk ciptaannya dan tahu kelemahan pada pencitaan manusia yang tak tahan diuji telah berpesan kepada Adam dan Hawa,"Jangan hampir pokok khuldi itu". Firma Allah:
Wahai Adam! tingallah engkau dan
isterimu di dalam syurga serta makanlah
dari makanannya sepuas-puasnya apa
sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah
kamu hampiri pokok ini, (jika kamu
menghampirinya) maka akan menjadilah
kamu dari orang-orang yang zalim.
(al-A'araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah jangan memakan buah khuldi. tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. jika mereka menghampiri pokok tersebut, takut nanti mereka akan memakannya. mereka tidak dapat mengawal diri. demikianlah juga dengan zina. ditegah berzina, maka jalan kearah perzinaan juga dilarang. takut apabila berhadapan dengan godaan perzinaan, kedua-duanya akan kecundang. cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa
-Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. kita tak kenal pasangan kita secara dekat. bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
=Bolehkah percaya dengan perwatakan pasangan semasa sedang bercinta? percayalah, percintaan penuh dengan lakunan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. masing-masing akan berlakon dengan watak yang paling baik;penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Alam percintaan adalah alam lakonan semata-mata. masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. tetapi jangan harap lepas kahwin, bila merajuk ada yang akan memujuk. banyak orang yang kecewa tertipu denagn keperibadiaan pasangan semasa bercinta. perangai pasangan jauh berbeza selepas berkahwin. macam langit dengan bumi. masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang. penyabar, sabar tunggu pasangan walaupun terlambat sampai berjam-jam. tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kene tengking. jadi, perwatakan dalam masa bercinta amat tidak boleh dipercayai. percintaan adalah suatu kepura-puraan atau hipokrit.
-Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
=Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. kebahagiaan bukan perancangan manusia semata-mata. Allah yang akan menganugerahkan kepada hambanya yang taat. bagaimanapun mendapat kebahagiaan, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah? kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak meredhai percintaan ini. cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. bagaimanapun untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung?. bagaimana pula kesudahannya?
-Tanya sikit,... adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? ganti bercinta...
=Semua itu adalah tipu daya dan perangkap syaitan. hakikat dan matlamatnya adalah sama. itulah cinta yang diberi nafas baru. kulitnya nampak berlainan tetapi isinya adalah sama. adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah sama sahaja, suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. orang yang terlibat dengan budaya "angkat" ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. cuma menunggu masa untuk dikorbankan. namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. jalan akhirnya akan bertemu dengan lembah perzinaan.
-Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
=Mengukur maruah diri tidak boleh ditentukan oleh akal atau penilaian manusia semata-mata. ukuran manusia sering berbeza-beza. orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. manakala, bagi orang yang menjaga diri dan tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. oleh itu, ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.
-Adakah orang yang bercinta hilang maruah diri?
=Mulia manusia kerana maruah dirinya terus terpelihara. orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. sungguh malang sekali bagi orang yang bercinta dan pernah berzina, mereka tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman.
Allah berfirman:
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin
berkahwin melainkan dengan perempuan
yang berzina atau perempuan musyrik;
dan perempuan yang berzina itu
pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin
dengannya melainkan oleh lelaki
yang berzina atau lelaki musyrik. dan
perkahwinan yang demikian itu terlarang
kepada orang-orang yang beriman.
(Surah al-Nur: 3)
Jika orang yang pernah berzina tidak layak berkahwin dengan orang yang suci, demikianlah juga orang yang pernah bercinta tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. tidakkah itu suatu ketentuan dari Tuhan.
-Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
=Itulah pasangan yang layak untuk diri mereka kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. itulah janji Allah.
-Kami telah berjanji sehidup semati.
=Apa ada pada janji cinta? berapa banyak janji cinta yang palsu? lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. habis madu sepah dibuang. pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang.
-Si dia ini lain dari yang lain. dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
=Tahukah rahsia hati lelaki? sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. itulah rahsia lelaki.
-Jadi... perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
=Tentu. mana ada orang lelaki yang waras suka pada barang yang "second hand" sedangkan ada barang yang baru. jangan terkejut jika sesetengah lelaki menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di show room. perempuan yang tidak makan diganggu dikatakan display room. tapi ada perempuan yang boleh test drive. ada pula yang kata; sekadar belanja sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung,bawalah ke hulu, ke hilir. sedihkan. jika kita tidak menjaga maruah diri kita, kita dipandang hina dan sinis oleh orang lain.
-"Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman serba maju dan canggih ini?..."
=Ya,masih ada orang yang suci dalam debu. golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. mereka akan bertemu suatu hari nati. mereka ada pasangannya.
Firman Allah:
Dan orang-orang lelaki yang
memelihara kehormatannya serta
orang-orang perempuan yang
memelihara kehormatannya (yang
memelihara dirinya daripada
melakukan zina) ... Allah telah
menyediakan bagi mereka semuanya
keampunan dan pahala yang besar.
(Al Ahzab: 35)
-Bagaimana kami?
=Kamu masih ada peluang. bertaubatlah dengan taubat nasuha. berdoalah serta mohon keampunan daripadaNya. mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
-Kami ingin mendapat redha Tuhan. tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.
=Taubat nasuhaadalah taubat yang murni. taubat yang sebenar-benarnya. taubat nasuha memenuhi 3 syarat:
- tinggalkan perbuatan maksiat. putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
- Menyesal. menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam lembah percintaan.
- Berazam. bertekat di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seorang yang bernama isteri atau suami. saatnya adalah ijab kabul.
Kita berpisah kerana Allah...
kalau ada jodoh,tak kemana!
Ya Allah bantulah mereka. kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. terimalah taubat mereka.
-Pesanan
="Jika remaja dapat melaui zaman remajanya yang sukar ini dengan jaya, tidak ada lagi zaman yang lebih sukar daripada itu"
2.Tips mengelak diri daripada terjebak dengan cinta:
- Katakan,"TIDAK" pada CINTA.
- Katakan,"CINTA" itu maksiat dan dosa.
- Katakan,"CINTA" itu menjatuhkan maruah.
- Oleh itu, JANGAN berbincang tentang cinta. tiada faedah.
- Oleh itu, jANGAN berkawan dengan orang dilamun cinta nanti terpengaruh.
- JANGAN membuka ruang diri untuk bercinta atau dicintai.
- BILA perasaan terlonjak-lonjak untuk bercinta, beristighfarlah mohon k e a m u n a n, mohon kekuatan menghadapi ujian.
- BILA berhadapan dengan panggilan cinta, bisikan pada diri,"ini adalah hasutan syaitan".
- BILA ada orang melafazkan kata CINTA,katakan," aku takut pada larangan Allah".
- INGATLAH, orang yang didesak oleh perasaannya untuk bercinta tetapi dia melawan perasaannya, iman dan hatinya sedang diuji oleh Allah, supaya Allah melihat bagaimana hamba-hambanya berusaha mentaati-Nya.
- INGATLAH, orang yang tinggi maruahnya tidak akan bercinta kecuali dengan pasangan hidupnya yang sah nanti selepas ijab dan kabul
- INGATLAH, cinta remaja tidak kesampaian. jika sampai kejinjang pelamin, ia menjadi hambar.
3.Faedah Cinta
- Hilang tumpuan belajar.
- Kekecewaan dan kegagalan.
- Keluh kesah dan tidak tenang.
- Hilang maruah diri.
- Kemusnahan diri.
- Sesat dari jalan yang lurus.
- Tiada rahmat dan keberkatan.
TAHANLAH NAFSU CINTAMU
Sabda rasulullah s.a.w:
"sesiapa yang jatuh cinta kemudiaan
menyembunyikan (menahan) cintanya, kemudian
(dalam keadaan itu) kematian datang
menjemputnya, maka matinya adalah sebagai
seorang yang shahid"
(HR Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lan)
Tiada (yang lebih baik) bagi dua orang yang sedang
(dilamun) CINTA kecuali (mereka) bernikah.
C.I.N.T.A.
bukan pakai buang
macam lampin
Sekian Terima Kasih...
Hanya sekadar berkongsi cerita...